Sebaik gegaran yang berlaku di Sabah pagi ini, pelbagai laporan mula diterima mengenai kemusnahan yang berlaku di negeri itu.
Antara yang mendapat perhatian paling besar kini ialah kemusnahan yang berlaku di Gunung Kinabalu, gunung kebanggaan semua rakyat negara ini.
Ada dakwaan mengatakan bahagian yang dikenali sebagai Donkey’s Ear, yang kerap menjadi latar belakang untuk bergambar di gunung itu mengalami kemusnahan yang agak ketara.
Perkara itu disahkan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun melalui akuan twitter beliau beberapa jam yang lalu.
“Berita buruk disahkan! Sebahagian bahagian ikonik Donkey’s Ear @Gunung Kinabalu telah musnah akibat gegaran pagi ini,” katanya.
Salah satu bahagian telinga itu dikatakan patah dan jatuh ke kawasan yang dikenali sebagai Low’s Gully.
Pastinya ini adalah sesuatu yang menyedihkan kita semua.
Apa pun, mungkin kita dapat berdoa agar selain nyawa orang awam terselamat, keindahan semua tempat di Sabah juga dipelihara tuhan.
Gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter berlaku di Ranau, pada 7.15 pagi ini dan gegaran itu turut dirasai di kebanyakan tempat di pantai barat Sabah termasuk Ranau, Tambunan, Tuaran, Pedalaman, Kota Kinabalu dan Kota Belud.
Menurut Pusat Gempa Bumi dan Tsunami Nasional, pusat gempa itu terletak 16km barat laut Ranau.-
0 comments:
Post a Comment