Luahan Sedih Jurutol Wanita Cedera Dibaling Mercun




Kepada yang benci Tol, kalau nak baling mercun kat Tol dengan niat saja nak main-main, tak suka kena bayar Tol, benci dengan jurutol atau apa sahaja niat awak itu, tolong tengok betul-betul.


Disebabkan kebodohan awak itu, tangan saya (Jurutol) cedera sebab terkena serpihan mercun itu. Telinga berdesing akibat letupan mercun yang sangat kuat.


Saya yakin itu bukan mercun bola. Dua kali awak baling mercun, hampir terkena kereta akak itu dan akan itu sangat terkejut. Kali kedua itu, terkena saya.


Siapa pun awak, saya harap awak sedar yang awak dah buat saya tercedera dan awak dah buat seorang ibu tersangat-sangat merisaukan keadaan anak dia di tempat kerja.


Mak saya terkejut dan menggigil dengar kejadian ini. Hopefully selepas ini siapa-siapa yang ada pasang niat nak baling mercun ke nak bakar pondok Tol ke hatta nak mengebom pondok-pondok Tol yang ada, tolong fikir-fikir banyak kali. Keseronokkan awak itu boleh membuatkan nyawa melayang. - Nabzatul Hasanah Nabsun
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment