KUALA LUMPUR - Video seorang peserta Perhimpunan Rakyat anjuran PESAKA memaki hamun seorang pengurus hotel terkemuka di ibu kota viral di laman sosial.
Lelaki berusia dalam lingkungan lewat 40'an itu dirakam memaki hamun pengurus hotel berkenaan hanya kerana tidak dibenarkan masuk ke dalam hotel untuk minum bersama dengan pengikutnya.
'You bloody shit! You shouldn't talk to me like this. Gila tau! Oii malu aku. Orang tengok kata apa? You bloody shit! Ambil gambar dia," katanya kepada pengurus hotel berkenaan.
Bagaimanapun, pengurus hotel itu menjelaskan dia hanya bertanya ke mana lelaki terbabit mahu pergi. Namun dimaki hamun oleh peserta perhimpunan baju merah itu.
0 comments:
Post a Comment