Dimana Tempat NGERI Mirsudiar, Norieen Berlindungi Ketika Hilang Dalam Hutan

Gua Musang: Rimbunan pohon kecil yang tumbuh mengelilingi perdu pokok besar di tebing Sungai Perias, dekat Pos Tohoi, di sini dipercayai ‘melindungi’ Mirsudiar Aluj, 11, dan Norieen Yaakob, 10, daripada dilihat petugas mencari dan menyelamat (SAR).

Perdu pokok besar itu yang terletak kira-kira 3.3 kilometer (km) dari pusat operasi SAR di Pos Tohoi sebelum ini menjadi lokasi terakhir dua murid Orang Asli berkenaan berteduh sebelum diselamatkan pada 7 Oktober.

Tidak dapat dipastikan berapa lama tempoh mereka menghuni perdu itu namun kedua-duanya dipercayai memilih kawasan berkenaan selepas rakan mereka meninggal dunia seorang demi seorang.

Semalam, penulis berkesempatan meninjau lokasi pokok besar berkenaan dan mengakui perdunya yang berlubang dan dikelilingi pohon kecil membolehkan kanak-kanak sekecil Mirsudiar dan Norieen bersembunyi tanpa siapa pun perasan.

Jika tidak dilihat dengan teliti, sesiapapun tidak akan menyedari wujud manusia di dalam perdu pokok itu lebih-lebih lagi jika keadaan gelap mahupun paras air sungai meninggi akibat hujan.


Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment