Pau 50 Sen Jadi Fenomena, Ini Baru Ikhlas Nak Berniaga



KISAH seorang pakcik yang menjual pau pada harga amat murah di Johor kini menjadi sensasi di media sosial.

Dikatakan pau yang dijual oleh pakcik ini adalah sangat sedap, besar dan jangan tidak percaya kalau harga bagi sebiji pau ini hanyalah RM0.50.

Gambar beserta maklumat tentang pau ini dikongsikan oleh saudari Engku Sofea, atas dasar rasa terima kasih setelah membelinya.

Ini perkongsian Engku Sofea:



Salam, maaf lari tajuk.. Minta tolong viralkan .. Pakcik ni jual pau terlalu murah pastu besar pulak tu . Sebiji pon dh kenyng . Nak tahu berapa sebiji ? Just rm0.50 sahaja . Jum pakat2 beli . Kita membeli sama mcm kita bersedekah area Tangkak, Ledang . Ape2 boleh pm sy Pau kaya, pau kacang,pau kelapa , pau choc rm0.50 .. Pau Ayam n pau daging rm0.80

Location : Kampung Padang Lerek,
Tangkak, Ledang, Johor.








Difahamkan setelah kisah pau murah ini tersebar, gerai pakcik tersebut senantiasa dipenuhi penggunjung yang datang dari dalam dan luar Johor.





Syabas pakcik, orang yang tidak kedekut sememangnya Tuhan pasti melipat kali gandakan rezekinya.

Apa-apa pun, mungkin lepas ini pakcik itu boleh perbesarkan sedikit papan tanda ke gerainya dan letakkan info menarik terutama harga paunya yang cuma 50 sen sebiji untuk lebih memudahkan orang ramai berkunjung. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzqahmd
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment