Polis Kelantan Dedah Kisah Sebenar Tragedi Kehilangan Pelajar Orang Asli SK Pos Tohoi
KOTA BAHARU, 15 Okt - Berikutan kes 7 orang pelajar Orang Asli yang hilang selepas melarikan diri dari asrama pada 23 Ogos lepas, polis Kelantan hari ini mendedahkan cerita sebenar disebalik kejadian tersebut.
Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim kejadian bermula pada 22 Ogos apabila sekumpulan 25 pelajar sekolah tersebut keluar mandi di seungai berdekatan pada jam 1 tengahhari. Pegawal sekolah yang mengetahui tentang apa yang dilakukan oleh pelajar tersebut kemudian memaklumkan perkara itu kepada seorang warden.
Tiga dari 25 pelajar yang terbabit kemudian dipanggil oleh warden terbabit dan memaklumkan kesemua mereka akan dihukum pada keesokan harinya.
23 dari 25 orang pelajar berkenaan kemudian merancang untuk melarikan diri ke kampung mereka iaitu Kampung Penad dan Kampung Gawin.
"Kira-kira pukul 9 malam, 23 daripada 25 murid berkenaan telah berbincang dan merancang untuk melarikan diri ke kampung mereka iaitu Kampung Penad dan Kampung Gawin pada keesokan pagi," kata Mazlan memetik laporan dari Bernama.
Mengulas lanjut berkenaan tragedi tersebut, Mazlan memberitahu pada keesokan harinya, dari pukul 7 hingga 9 pagi, warden asrama membuat pemeriksaan dan mendapati 23 orang pelajar asrama telah melarikan diri.
Mengetahui kehilangan pelajar-pelajar terbabit, warden bersama pengawal keselamatan dan dua orang penduduk kampung telah mencari pelajar-pelajar tersebut.
"Mereka kemudiannya telah bertemu dengan 16 murid-murid ini di satu lokasi pada pukul 6 petang dan memujuk mereka untuk pulang ke asrama, bagaimanapun tujuh belum ditemui sebelum pihak sekolah yang dibantu penduduk kampung melakukan gerakan awal mencari mereka pada pukul 9 malam sehingga pukul 12.30 pagi keesokannya (24 Ogos).
Menurut Mazlan lagi, rancangan pelajar-pelajar tersebut untuk melarikan diri diketahui hasil temu bual yang dijalankan ke atas 16 pelajar yang berjaya dipujuk untuk kembali ke asrama.
Pada 24 Ogos, usaha mencari baki 7 pelajar yang masih hilang diteruskan pada pukul 8 pagi hingga 3 petang dalam lingkungan 1 KM dari kawasan sekolah. Selain itu ibu bapa pelajar tersebut turut ditemui di Kampung Penad dan Kampung Gawin.
"Namun, selepas gagal menemui ketujuh-tujuh murid berkenaan di kampung masing-masing, pihak sekolah kemudiannya membuat laporan polis pada pukul 2.25 pagi pada 25 Ogos sebelum Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang menghantar lima anggotanya ke Pos Tohoi pada pukul 9.30 pagi untuk menjalankan operasi pencarian di kawasan berdekatan," katanya.
Pada 25 Ogos, operasi mencari dan menyelamat (SAR) 7 pelajar berkenaan digerakkan.
"Pihak sekolah juga lambat membuat laporan polis kerana pernah ada kejadian murid bertindak melarikan diri dari asrama, namun ditemui ketika mencari murid berkenaan di rumah mereka," katanya.
Sebelum ini Malaysia digempparkan dengan tragedi kehilangan 7 orang pelajar orang asli SK Tohoi yang mana dua dari pelajar terbabit ditemui masih hidup. Pelajar yang berjaya diselamatkan, Miksudiar Alui, 11, dan Norieen Yaakob, 10, ditemui selamat oleh pasukan SAR pada Jumaat lepas.
Dua lagi murid, Sasa Sobrie, 8, dan Ika Ayel, 9, disahkan meninggal dunia manakala dua rangka turut ditemui tetapi masih belum dikenal pasti. Tiga lagi murid dalam insiden itu adalah Linda Rosli, 8, Haikal Yaakob, 8, dan Juvina David, 7. - Siakapkeli.my
0 comments:
Post a Comment