TERBONGKAR : KES PENGANIYAAN MURID ORANG ASLI YANG MENYEBABKAN MEREKA LARI MENYEMBUNYIKAN DIRI DALAM HUTAN
Tahukah anda? Abang simpati kepada nasib yang menimpa pelajar-pelajar orang asal. Abang juga simpati kepada guru yang kini rancak dipersalahkan. Apa pun, menyebarkan maklumat kabur begini kepada orang awam adalah perbuatan yang tidak gentleman. Jadi, sebagai renjer yang pernah tinggal di hutan berbekalkan sebilah pisau rambo sahaja, biarlah abang kongsi pengalaman. Kali ni panjang sikit.
Siapa tak baca habis tapi dah menggelinjang nak komen mak dia negro.
1. Setahu abang kawasan pedalaman peringkat 3 iaitu pedalaman yang paling dalam paling banyak dapat peruntukan. Boleh cecah jutaan ringgit. Yang membenarkan situasi pelajar tidur atas simen hanya ada dua iaitu penyelewengan duit tilam atau itu kehendak pelajar sendiri. Dalam kebanyakan kes, ia kehendak pelajar sendiri. Dah biasa tidur di lantai kayu, bila kena tidur atas tilam, tak lena.
2. Baju pelajar kotor ialah perkara yang normal. Malah ada banyak kes pelajar tak mandi sampai seminggu. Berak pun dalam pasu bunga sebab berak dalam tandas tak beri kepuasan. Setiap tahun kerajaan peruntukan beribu-ribu hanya untuk hygiene. Bagi ubat gigi, berus gigi, sabun, syampu, dan lain-lain. Ajar pulak cara guna. Kelas penjagaan kebersihan ini juga diberi kepada ibu bapa demi kesihatan mereka sekeluarga. Jadi, dakwaan dipaksa pakai baju kotor dikhuatiri auta semata-mata.
3. 2 jam waktu belajar? 2 kali seminggu saja belajar? Dan menurut petikan akhbar Malay Mail, hanya ada 20 pelajar pergi sekolah. Ini normal. Sekolah tak boleh paksa golongan ini untuk ke sekolah kerana ibu bapa masih mahu mengekalkan cara hidup orang asal. Lama tak datang sekolah, tiba-tiba cabut lari masa sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P), serta pulang awal ialah perkara normal. Kalau musim petai atau buah-buahan, lagi lama mereka tak datang. Bilangan pelajar yang ada di sekolah mengehadkan juga waktu P&P.
4,5, & 6. Post Tohoi ni tempatnya sangat jauh di pedalaman. Komuniti orang asal di sini masih amal kepercayaan animisme. Kau fikir berani ke guru-guru depa nak pedajal budak-budak ni? Kena santau atau sihir tumbuh konek atas dahi, saja je. Calit je minyak di bekas makanan. Pernah ada kes orang luar kena sihir sampai daging luruh satu-satu. Kau fikir guru-guru tu ada ke keberanian nak buat macam tu? Kalau berani pun, takde hati perut?
-------------------------------
Dakwaan takut kepada guru itu satu dakwaan yang tidak meyakinkan, boleh dipertikai, dan kabur. Abang bukan reti nak bersangka baik.
Jadi, macam ni lah. Kalau kau pernah berurusan dengan orang asal, kau akan tahu ini benda betul. Pergilah Cameron Highland besok try. Abang bukan nak kutuk orang asal. Bukan juga nak bela guru tu sebab masih dalam siasatan.
Dalam kebanyakan kes, pelajar orang asal biasanya pulang ke rumah tanpa memberitahu guru. Ini sangat-sangat kerap terjadi sehingga guru mereka terpaksa ke rumah mereka jam 10, 11 malam untuk tengok sama ada pelajar dah sampai ke rumah atau belum. Maka, ada kemungkinan carian dibuat 48 jam selepas kehilangan kerana gurunya berpendapat pelajar itu pulang ke rumah.
Tujuan post ini ditulis adalah untuk kabor kita jangan cuba nak jadi hero salahkan orang tu salahkan orang ni tanpa ambil kira situasi sebenar. Boleh saja guru-guru yang kerja di pedalaman tu mohon untuk buat kerja lain. Setakat elaun campur gaji dapat RM5000 sebulan tu, lagi baik bukak pusat tuisyen di Kolumpo. Paling koman RM140 sejam. Tapi mereka tak mahu sebab bagi mereka duit bukan segalanya. Itu juga usaha dakwah oleh mereka. Kau tak tahu kan berapa ramai mereka dah islamkan?
Kita sedar orang asal ini sensitif. Banyak pantang larang. Tak boleh renung wajah mereka lama-lama, tak boleh sembang soal paras rupa, tak boleh herdik tengking berlebih-lebihan. Mudah terasa. Layanan yang diberi kepada mereka tak boleh disamakan dengan layanan kepada kau. Belum diputuskan keputusan siasatan.
Situasi ini juga terjadi sebab masih ada ibu bapa yang menolak pembangunan. Masih mahu mengekalkan cara hidup dahulu dengan memburu, mengutip hasil hutan, dan ekonomi sara diri. Hanya sebilangan kecil orang asli dari Kelantan yang diserap masuk bersama pembangunan.
Jadi, kepada yang sebar benda yang diragui kebenarannya ini, bawak-bawak la tikam diri sendiri. Jangan kalutkan orang awam, jangan susahkan siasatan, dan jangan cuba nak mengajar guru-guru cara buat kerja mereka. Kerja mereka, mereka tahu.
Kesimpulannya, takziah diucapkan kepada keluarga semua mangsa. Untuk guru yang terlibat, banyakkan bersabar. Untuk Kementerian Pelajaran, bertindaklah secara telus, adil, dan benar. Ini sangat menyedihkan abang sebagai raa'yot Malaysia.
Nota kaki : budak bandar tipu mak bapak kabor cikgu marah tanpa sebab di sekolah. Sebab tu ponteng. Padahal sengaja ponteng nak pergi hadap snuker. Perangai macam beruk
Sumber : sokernet
0 comments:
Post a Comment