LUAHAN HATI RIDER YANG HAMPIR DILANGGAR PEMANDU WANITA #BML3813

Kereta Myvi yang hampir melangar aku tadi


Semasa berada di lorong membelok ke kanan, tiba-tiba kereta Myvi bergerak terus dan tidak membelok ke jalan yang sepatutnya mngikut arah jalan yang betul.


Semasa kereta ini bergerak, hampir melangar kaki aku tetapi aku sempat mengelak dengan mengangkat kaki dan tampan tangan aku tepuk pada cermin tepi sebelah belakang kereta Myvi untuk beritahu mereka yang aku kat sebelah tapi dengan selamber saja dia terus gerak tanpa menghiraukan aku yang hampir terjatuh.


Lepas tu, Myvi berkenaan berhenti di depan, aku pun pi. Aku tanya kenapa jalan terus? Sepatutnya jalan tu membelok ke kanan. Dan dengan selamba juga dia jawab,


"Kau tak ada otak ka tepuk kereta aku ikut aku la nak jalan terus bleh jalan ja jalan tu!"


Aku pun cakap anak panah tunjuk belok ke kanan, bukan jalan terus. Kalau langgar aku macam mana?


Minah keberet ini jawab,


"Kalau langgar kau pun, aku boleh bayar la! Kau bodoh yang kau tepuk kereta aku kenapa?! Dah la kau tu pakai motor jer dah la macam Kiki."


Aku cakap balik, "Kiki lagi baik pada angpa. Kalau tak puas hati, buat repot polis"


Minah ni pun cakap,


"Aku jalan betul la. Kau nak main dengan polis plak ek? Tunggu sini, aku call polis!"


Tunggu punya tunggu, tak telefon pun polis. Aduh! Minah, kalau dah salah tu salah la. Minah ni pun cakap lagi,


"Tunggu aku ambik gambar masuk Facebook dengan YouTube"


Aku pun buat jari 'Peace' masa dia snap gambar aku. Ni meroyan macam naik insing, macam dia betul. Zaman sekarang kalau bertudung tu belum tentu beradab.


Dahlah bawa kereta sambil main telefon. Mujur aku tahan tangan aku kat kereta Myvi ni tadi. Ayat minah keberet ni yang paling menarik,


"KALAU LANGAR KAU PUN AKU BOLEH BAYAR LA! DAH LA KAU NAIK MOTOR JA!"


Aduyaii.. tapi naik kereta Myvi ja.

Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment